fbpx

109 kontak rapat kes Covid-19 Kem Terendak jalani saringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 109 individu dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada tiga kes positif Covid-19 membabitkan seorang anggota tentera dan dua pesakit awam di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua masih menunggu keputusan selepas saringan gejala dan ujian pengesanan Covid-19 dibuat terhadap mereka.

“Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah diberikan kepada kontak rapat.

“Bagi individu yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan teruk, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi serta rawatan lanjut.” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam mengesahkan tiga kes positif Covid-19 dalam kalangan anggotanya di hospital terbabit dengan dua daripadanya dikesan melalui saringan prapembedahan dan satu adalah saringan bergejala.

Sementara itu, berhubung status terkini kes Covid-19 dalam negara, Noor Hisham berkata, sebanyak 11 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 9,317.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 10 adalah kes import manakala baki satu kes adalah penularan tempatan di Sarawak yang dikesan menerusi saringan prapembedahan di Hospital Umum Sarawak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI