fbpx

Kementerian Kesihatan terima sumbangan Covid-19 RM5.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (dua dari kiri) menerima cek replika berjumlah RM1 juta yang disumbangkan oleh wakil syarikat Nanjing Development Sdn. Bhd. dan Nanjing Tica Climate Solutions Co. Ltd. (China) di Kementerian Kesihatan hari ini.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan hari ini menerima sumbangan Covid-19 berjumlah kira-kira RM5.2 juta daripada 10 penyumbang terdiri daripada syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antara bentuk sumbangan tersebut ialah produk kecantikan, sabun, sistem peralatan perubatan, set peralatan perlindungan diri (PPE), pelindung muka serta perkakasan perubatan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil syarikat dan NGO melalui Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada Majlis Penyerahan Sumbangan Covid-19 kepada Kementerian Kesihatan Siri Kesembilan di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumbangan tersebut akan diserahkan kepada petugas barisan hadapan kementerian itu bagi kegunaan dan keperluan sewaktu mereka bertugas.

Sementara itu, penyumbang bagi sumbangan tersebut ialah L’Oreal Malaysia Sdn. Bhd.; Nanjing Development Sdn. Bhd. dan Nanjing TICA Climate Solutions Co. Ltd. China; Malaysian Plastics Manufacturers Association (MPMA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) dan United Nations Development Programme (UNDP).

Seterusnya, Stenta Films (M) Sdn. Bhd. dan Stenta Multifilms Sdn. Bhd. dengan kerjasama MPMA; Foraypack Industry Sdn. Bhd. dengan kerjasama MPMA; RB (Health) Sdn. Bhd. serta HOE Pharmaceuticals Sdn. Bhd.

Bagi NGO yang menyampaikan sumbangan ialah Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia (FAATUM); Pasukan Sukarelawan Penyelamat Kecemasan dan Perubatan Bakti Malaysia (PSPKPBM) dan Gabungan Dakwah Malaysia (GDM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI