fbpx

Restoran Hameediyah kembali beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell, Georgetown dibuka semula bermula Rabu setelah diarahkan ditutup oleh pihak berkuasa Ahad lalu.

Oleh SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Kedai nasi kandar tertua di negara ini, Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell dibuka semula kepada pengunjung bermula semalam setelah diarahkan ditutup oleh pihak berkuasa Ahad lalu.

Restoran berusia lebih 100 tahun yang diarahkan ditutup oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selama seminggu, kembali beroperasi lebih awal setelah pihak berkuasa berpuas hati dengan tahap pematuhan standard operasi prosedur (SOP) mencegah Covid-19 yang dikemas kini pengurusan restoran berkenaan.

Pemilik restoran berkenaan, Ahamed Seeni Pakir, 65, berkata, restoran itu dibenarkan dibuka semalam untuk makanan yang dibungkus sahaja dan hari ini dibuka sepenuhnya kepada umum.

“Restoran ini terpaksa ditutup kerana terlalu ramai pengunjung pada minggu lalu dan kami patuh dengan arahan pihak berkuasa demi keselamatan semua pihak.

“Walaupun pada masa itu pihak kami telah menempatkan dua orang anggota Ikatan Relawan Rakyat, namun ia tetap tidak dapat mengawal pengunjung supaya lebih patuh dengan SOP,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Ahamed Seeni, pihaknya juga telah mengetatkan SOP mengikut arahan pihak berkuasa dan mengharapkan kerjasama daripada pelanggan untuk mematuhinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI