fbpx

Oktovia Manrose tidak kisah dengan gelaran janda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OKTAVIA menganggap penceraian sebahagian lumrah kehidupan.

KUALA LUMPUR – Pelakon Oktovia Manrose akhirnya membuka mulut mengenai kisah periba­dinya dan mengakui dirinya bergelar ibu tunggal sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Oktovia, 29, sebelum ini dia bersikap mengunci mulut mengenai kisah peribadinya kerana mengakui pengalaman lalu menjadikannya selesa untuk tidak terbuka mengenai status dirinya.

“Sekarang saya sudah bersedia untuk berkongsi tentang kehidupan (peribadi).

“Saya pernah berkahwin dan bercerai. Sekarang saya membesarkan sendiri anak tunggal, Muhammad Rayyan Zafariel yang berusia lapan tahun,” katanya ketika ditemui pada majlis pe­ngenalan bakat baharu syarikat Absolut Talent & Management di Bangsar di sini semalam.

Menurut Oktovia, selepas pe­ngalaman berumah tangga sebelum ini, dia mahu kembali berada dalam zon selesa dan tidak mahu terlalu berkongsi hal peribadi kepada umum.

Pelakon drama Dendam Aurora itu juga tidak takut dengan gelaran janda kerana ia adalah lumrah kehidupan.

“Sejujurnya, saya tiada masalah dengan gelaran janda. Berkahwin kemudian bercerai, itu adalah normal dan lumrah kehidupan,” katanya.

Oktovia berkata, dia mendapat kekuatan daripada bapanya untuk bangkit semula selepas berpisah dengan bekas suami­nya pada 2013.

“Meskipun jarang bertemu bapa, dia banyak memberi sokongan dan berharap agar saya akan jadi manusia yang lebih baik pada suatu hari nanti. Anak (Muhammad Rayyan) merupakan amanah yang perlu saya jaga dengan baik,” katanya.

Selepas berpisah pada 2013, Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman mengakui tidak pernah berhubung dengan bekas suaminya kecuali ibu mertuanya atas urusan penjagaan anak.

Oktovia yang juga anak Raja Dangdut Malaysia era 1990-an, Iwan mendirikan rumah tangga dengan lelaki dikenali sebagai Mohd. Izat Abdul Rahman pada 2011 ketika berusia 20 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI