fbpx
SEKUMPULAN petugas kesihatan menurunkan keranda mayat pesakit Covid-19 di tanah perkuburan di Pondok Ranggon, Jakarta di Indonesia pada 10 Ogos lalu. – ADEK BERRY / AFP

Covid-19 bunuh 800,000 manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Jumlah kematian global akibat pandemik Covid-19 melepasi paras 800,000 orang, menurut pengiraan agensi berita AFP kelmarin, pada ketika banyak negara meningkatkan usaha bagi
mengekang penularan kes jangkitan baharu.

Kawasan barat Eropah khususnya Sepanyol, Itali, Jerman dan Perancis berdepan peningkatan kes mendadak sejak beberapa bulan lalu, mencetuskan rasa bimbang akan bermulanya gelombang kedua jangkitan Covid-19.

Angka kematian disebabkan Covid-19 mencecah 800,004 orang dengan 23,003,079 orang disahkan positif jangkitan virus korona.

Amerika Latin dan negara Kepulauan Caribbean adalah benua paling teruk terjejas dengan 254,897 kematian.

Lebih separuh kematian dunia disebabkan Covid-19 yang dilaporkan datangnya daripada empat negara iaitu Amerika Syarikat (AS) dengan 176,332 kes, Brazil (113,358 kes), Mexico (59,610 kes)
dan India (55,794 kes).

“Kami mendahului dunia dengan catatan kes kematian,” kata bekas timbalan presiden AS yang juga calon presiden daripada Parti Demokrat, Joe Biden pada ketika AS merekodkan sebanyak 5.7 juta kes jangkitan Covid-19.

Di Asia, Korea Selatan menjadi negara terbaharu meningkatkan langkah kawalan untuk mencegah penularan wabak itu selepas mencatat 332 kes jangkitan baharu dalam tempoh sehari, kelmarin.

“Kami kini berada pada tahap amat membimbangkan dan negara boleh menyaksikan berlakunya gelombang kedua kes jangkitan,” kata Menteri Kesihatannya, Park Neung-hoo.

Itali, negara yang pernah menjadi pusat jangkitan Covid-19 di Eropah, melaporkan jumlah kes jangkitan baharu tertinggi dalam tempoh 24 jam iaitu lebih 1,000 kes pada Sabtu lalu.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Jumaat lalu berkata, dunia mungkin boleh mengekang pandemik Covid-19 dalam tempoh kurang daripada
dua tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN