KAJANG – Al Ansar IBS PLT, kontraktor perumahan yang menggunakan kaedah Inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS), telah meluaskan rangkaian perkhidmatannya kepada pelanggan dengan menawarkan kabinet dapur pada harga kilang.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, khidmat terbaharu ini dijalinkan bersama pengeluar kabinet tanpa melibatkan orang tengah yang membolehkan syarikat menawarkan harga kabinet dapur serendah RM5,300.
“Sebelum ini, syarikat memasukkan pakej pemasangan kabinet dapur table top secara percuma bagi projek pembinaan banglo.
“Kini bersempena kempen Promosi Merdeka yang diadakan sejak bulan Jun lalu dan bakal tamat hingga akhir bulan ini, kami turut menawarkan kabinet dapur sepanjang 10 kaki (3.04 meter) termasuk set dapur (hood dan hop), sinki dua lengkuk, rak pinggan, single tap sinki dan ensel soft close.
“Bagaimanapun, demi meningkatkan jualan syarikat, Al Ansar telah menawarkan pemasangan kabinet dapur bukan sahaja kepada rumah yang dibinanya tetapi juga kepada pelanggan lain yang mahu menukar kabinet dapur lama di rumah masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan kunci kepada pembeli terbaharunya di Kampung Sungai Ramal di sini baru-baru ini.
Kunci rumah banglo jenis Teratai yang diubah suai lengkap dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air itu menjadi milik pesara, Abdul Malek Shaari, 63 dan Kalsom Ariffin, 57, yang kini menetap di Petaling Jaya.
Mengulas lanjut mengenai perkhidmatan pemasangan kabinet dapur itu, Muhamad Khanafi optimis terhadap peningkatan jualan bagi segmen berkenaan ekoran keyakinan pelanggan dan kualiti material kabinet yang dipasang di rumah pelanggan.
“Al Ansar mengunjurkan nilai jualan daripada tempahan kabinet dapur sehingga akhir tahun ini mencecah lebih daripada RM1 juta pada tahun 2021,” jelasnya.
Selain itu, tambah beliau, pilihan rekaan kabinet dapur dan material yang digunakan serta warna dan corak mengikut pilihan pelanggan boleh dilihat di pejabat baharu syarikat di Kenwingston Business Centre Cyberjaya menjelang bulan hadapan.
Sebelum ini, syarikat beroperasi di Kompleks Niaga Sungai Merab Luar dan ia akan menempatkan pejabat pengurusan, bilik pameran dan pusat penerangan berhubung projek banglo yang ditawarkan kepada pelanggan.
“Untuk kabinet dapur, kami menawarkan kayu jenis melamin dengan harga RM5,300, kabinet 3G iaitu jenis aluminium dan tingkap kaca dengan harga RM6,300 dan kabinet 4G jenis aluminium dengan kemasan tingkap kaca serta tempat pemegang pada harga RM8,100,” ujarnya.
Home » Al Ansar jual kabinet dapur untuk tingkatkan jualan
Al Ansar jual kabinet dapur untuk tingkatkan jualan
- Oleh KOSMO!
- 24 Ogos 2020, 12:19 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERKINI
BERITA BERKAITAN

Mayat ibu, anak ditemui hampir reput dalam rumah
30 Jun 2025, 10:48 pm

Ular sawa menyusup dalam masjid
30 Jun 2025, 7:30 pm

5 tahanan kes dadah didakwa lari lokap mahkamah, pecah rumah
30 Jun 2025, 3:06 pm

190 mayat reput, busuk dilonggok dalam bangunan
30 Jun 2025, 12:40 pm

Rumah hanya tinggal dinding, lantai dipukul ribut
29 Jun 2025, 5:10 pm

‘Kau dah besar, dah kerja, inilah masa balas jasa’
29 Jun 2025, 9:10 am

Kereta ‘berdiri’ terpacak atas bumbung
26 Jun 2025, 9:00 pm

Atuk dengan 39 rekod lampau diberkas pecah rumah
26 Jun 2025, 6:26 pm