fbpx

Ajai mohon maaf secara langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AJAI membuat permohonan maaf secara langsung pada permulaan konsert kedua BS2020 sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai memohon maaf secara terbuka kepada Hafiz Zainal menerusi siaran langsung program realiti Big Stage 2020 (BS2020) sebentar tadi.

Permohonan maaf tersebut dilakukan sebelum semua peserta BS2020 membuat persembahan.

Menurut pemilik nama Faizal Maas, sebagai juri tugasnya bukan untuk menghentam peserta BS2020 sebaliknya memikul tanggungjawab lebih besar iaitu mendidik setiap peserta menjadi penyanyi berkualiti.

“Ya saya akui mungkin saya tersalah perkataan. Itu adalah cara dan prinsip saya jika menjadi juri pertandingan, saya begitu peka dengan nyanyian dan teliti setiap not tetapi bukan bermakna awak tidak bagus.

“Jadi di sini saya ingin memohon ampun dan maaf jikalau saya ada terkasar bahasa sebelum ini,” katanya semasa siaran langsung konsert minggu kedua Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.

Tambah Ajai, dia juga tidak mahu memberi ruang selesa kepada peserta pertandingan ke arah melahirkan penyanyi evergreen pada masa akan datang.

“Evergreen bermaksud mereka akan kekal dalam industri seperti mana penyanyi dahulu yang masih relevan sehingga sekarang kerana bersandarkan kualiti dan nyanyian.

“Biarlah saya dicaci, dihina dan dihentam. Tapi sebagai mana saya cakap, jauhari mengenal manikamnya dan saya kekal dengan prinsip saya.

“Tetapi apa yang saya mahu, selepas para peserta ini keluar, mereka tahu bagaimana cara menyanyi dengan betul dan anggap saya sebagai juri dan ‘bro’ (abang),” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ajai memberikan markah paling rendah dalam sejarah pertandingan BS2020 iaitu 2/100 kepada Hafiz pada konsert pertama yang berlangsung pada minggu lalu.

Tindakan Ajai mendapat kecaman hebat netizen dalam media sosial sehingga ada yang berpendapat dia yang perlu disingkirkan daripada senarai juri BS2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI