fbpx
SILVA mahu memberikan fokus membantu PSG pada final Liga Juara-Juara terlebih dahulu sebelum memikirkan mengenai masa depannya. - AFP

Silva sanggup terima gaji £70,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Kapten Paris Saint-Germain (PSG), Thiago Silva dilaporkan sanggup menerima bayaran gaji mingguan seba­nyak £70,000 (RM385,906) dengan Fiorentina berbanding £325,000 (RM1.79 juta) seminggu diterimanya ketika ini.

Ia bakal membuatkan pe­ngurus Chelsea, Frank Lampard ‘berputih mata’ untuk mendapatkan tandatangan Silva yang akan tamat kontrak dengan PSG hujung bulan ini.

Difahamkan, The Blues te­lah menawarkan kontrak dua tahun kepada bek tengah ve­teran berusia 36 tahun itu bagi memperkuatkan benteng pertahanan pasukan tersebut menghadapi saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Bagaimanapun, ia mungkin tidak menjadi kenyataan apabila Silva dikatakan akan berhijrah ke Fiorentina dan sedang sibuk mencari rumah di kawasan Florence, Itali.

Bekas bintang Bayern Munich, Franck Ribery yang kini beraksi bersama Fiorentina didakwa memujuk Silva untuk kembali ke Serie A dengan menyertai skuad La Viola tersebut.

Silva bukan asing lagi di Itali kerana dia pernah mewakili AC Milan selama tiga tahun dari 2009 hingga 2012.

Arsenal juga dilaporkan berminat dengan khidmat Silva sebelum mengubah keputusan mereka apabila cuba mendapatkan bek tengah dari Lille, Gabriel Magalhaes. – AGENSI

POPULAR