fbpx

Polis Perak terima MPV baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kereta jenis Honda Civic 1.8 yang diterima polis di pekarangan Padang Kawad Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5, Sungai Senam, Ipoh. /FOTO - ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Sebanyak 44 unit kereta peronda (MPV) baharu jenis Honda Civic 1.8 diterima Polis negeri Perak hari ini yang akan diserahkan kepada 12 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi tugas rondaan dan pencegahan jenayah.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, penerimaan kenderaan itu juga bakal menggandakan keupayaan pasukan di samping penggunaan MPV sedia ada.

Menurut beliau, ketika ini polis Perak mempunyai sebanyak 244 buah MPV dan dengan penambahan terbaharu menjadikan pegangan sedia ada berjumlah 288 buah kesemuanya.

“Dengan adanya aset baharu sama ada sebagai penambahan atau menggantikan yang lama ia akan meningkatkan kecekapan polis untuk memberi respons kepada aduan jenayah.

“Selain itu, pengoperasian MPV baharu ini ia juga memberi suntikan moral kepada pihak polis di samping menaikkan lagi keterampilan semasa bertugas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan MPV Baharu Honda Civic 1.8 di Padang Kawad Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5, Sungai Senam di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Spanco Sdn. Bhd. (Spanco), Datuk Hamzah Mohd. Salleh.

Dalam pada itu kata Razaruddin, baki tiga buah lagi IPD iaitu Gerik, Pengkalan Hulu dan Selama pula masing-masing akan menerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang akan diserahkan dalam masa terdekat.

Katanya, penggunaan kenderaan tersebut dilihat lebih bersesuaian dengan bentuk muka bumi serta persekitaran daerah berkenaan.

Polis Diraja Malaysia sebelum ini menerima 425 MPV baharu Honda Civic 1.8 yang dilengkapi peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih untuk tugasan rondaan.

Kenderaan berkenaan disewa secara konsesi dengan syarikat Spanco selama lima tahun melalui peruntukan mengurus 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI