fbpx

Lupakan kejayaan benam Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN perlu waspada ancaman Lyon dan melupakan seketika kemenangan bergaya membenam Barcelona. – AFP

LISBON – Tonggak pertahanan Bayern Munich, Jerome Boateng menggesa rakan sepasukan agar terus fokus menjelang aksi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Olympique Lyon di Stadium Jose Alvalade awal pagi esok.

Bayern dianggap sebagai pasukan pilihan untuk melangkah ke pentas final selepas membelasah Barcelona 8-2 pada aksi suku a­khir Sabtu lalu.

Justeru, Boateng berharap semua pemain Bayern menampilkan aksi sama sekiranya mereka berhasrat untuk memastikan tempat di perlawanan akhir.

“Saya tidak pasti pemain-pemain lain membaca akhbar ataupun tidak mengenainya (kemenangan ke atas Barcelona) tetapi saya tahu perlawanan itu sudah pun berlalu.

“Keputusan itu tidak berlaku setiap hari. Sekarang ia sudah tidak ada apa-apa makna lagi ke­rana kami akan beraksi dalam satu perlawanan lain. Kami mahu ke final,” kata Boateng.

Pada masa sama, pemain antarabangsa Jerman itu menggesa rakan sepasukan agar berwaspada dengan ancaman yang mampu diberikan Lyon pada perlawanan esok.

“Sudah tentu kami terkejut dengan prestasi Lyon kerana mereka sudah singkirkan Juventus dan Manchester City, jadi kami perlu tampilkan aksi sama seperti sebelum ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI