fbpx

Enam premis judi online diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy.

SEBERANG PERAI – Sebanyak enam premis yang menjalankan kegiatan judi loteri awam haram dan judi online di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) diserbu polis semalam.

Operasi kira-kira pukul 2 petang itu menyasarkan masing-masing dua premis di Butterworth dan Tasek Gelugor serta satu di Mak Mandin dan Seri Pinang yang berselindung di sebalik perniagaan tambah nilai telefon dan kedai runcit.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya turut menahan enam individu dipercayai penjaga premis.

“Mereka yang ditahan adalah lima lelaki dan seorang wanita berusia di antara 19 hingga 46 tahun.

“Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk menjalankan kegiatan tersebut bersama wang tunai berjumlah RM353,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4A(a) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI