fbpx

Arcyl Sani pemangku Timbalan Ketua Polis Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arcyl Sani (kanan) dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara yang baru. /FOTO - Iqbal Rosli

KUALA LUMPUR – Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.

Beliau menyandang jawatan nombor dua tertinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan pesaraan wajib Datuk Mazlan Mansor esok.

Majlis serah terima tugas jawatan itu disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM di Cheras dekat sini.

Pada majlis itu, Abdul Hamid memberitahu Arcyl mempunyai berpengalaman luas dalam pasukan beruniform itu selain banyak menyelesaikan kes penyeludupan.

Acryl Sani berpengalaman luas dalam bidang kepolisan dan pernah mengetuai beberapa jabatan di Bukit Aman antaranya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Sumber Strategik dan Pengarah Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI