fbpx

Peranti Pixel 4a taruhan terbaharu Google

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOOGLE Pixel 4a ini sesuai untuk mereka yang sering merakam momen dalah hidup mereka menggunakan telefon pintar.

SEJAK sedekad lalu, penggunaan telefon pintar menjadi satu keperluan bagi masyarakat di seluruh dunia, selain memudahkan urusan harian.

Setiap bulan, banyak syarikat pengeluar telefon pintar memperkenalkan peranti baharu keluaran mereka di pasaran global.

Google Pixel 4a antara telefon pintar terbaharu yang dilancarkan di pasaran.

Telefon pintar itu adalah peranti kelas pertengahan dan rekaannya berasaskan polikarbonat yang memberikan keselesaan ketika memegangnya.

Hadir dengan kapasiti bateri bersaiz 3,140mAH, ia mungkin tidak mencukupi bagi sesetengah pengguna yang sering menggunakan peranti pintar untuk penggunaan yang agak berat (tempoh yang panjang).

Ia beroperasi menggunakan sistem operasi Android 10 dan turut dijana dengan cip Snapdragon 730G.

Bagi mereka yang gemar merakam gambar, Google Pixel 4a antara peranti yang boleh dipertimbangkan untuk dimiliki.

Peranti ini mempunyai kamera tunggal pada bahagian belakang yang beresolusi 12.3 mega piksel (MP) dan aperture f/1.7.

Untuk kamera tunggal hadapan, ia mempunyai resolusi 8MP dan aperture F/2.0.

Dari segi paparan, ia hadir dengan skrin 5.81 inci OLED dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 3.

Google Pixel 4a delengkapi dengan 6 gigabait (GB) RAM memori serta kapasiti storan dalaman sebesar 128GB.

Buat masa ini, peranti tersebut hanya didatangkan dengan satu varian warna sahaja iaitu hitam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI