fbpx

Peka pemasangan Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zainal menyerahkan jalur gemilang kepada Timbalan Yang Dipertua MPK, Elya Marini Darmin sambil disaksikan Ali (kanan) ketika konvoi tiba di Laman Seni hari ini.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Penduduk Selangor disarankan lebih peka dalam kedudukan pemasangan Jalur Gemilang terutama ketika rakyat negara ini bakal menyambut hari kemerdekaan tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Penerangan Selangor, Ali Suhaili berkata, ini berikutan rata-rata daripada warga Malaysia telah dididik sejak sekolah rendah berkenaan kedudukan dan struktur bendera negara ini.

“Sememangnya apabila berlaku pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik secara peribadi saya kesal dan berharap perkara itu tidak berulang lagi di kalangan rakyat negara amnya dan di Selangor khususnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kepada pemberita pada program Merdeka@Komuniti: Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Klang, di pekarangan Pejabat Tanah dan Daerah Klang di sini.

Turut hadir Pegawai Daerah Klang, Mohd. Zainal Mohd. Nor.

Program Merdeka@Komuniti ini merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bertujuan untuk menyemarak dan menggelorakan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam Bulan Kebangsaan.

Konvoi dan penyerahan jalur gemilang turut diadakan di beberapa lokasi iaitu Laman Seni, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan Interceptor LLSB di Kawasan 18 dan lawatan ke Bukit Kapar bagi melihat permainan tradisional.

Mengulas lanjut, Ali menyarankan agar bendera lusuh atau koyak di premis-premis perniagaan, agensi kerajaan atau swasta dan kawasan kediaman segera di Selangor diganti baharu bagi menunjukkan semangat patriotisme mereka.

“Ini adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat negara ini selain berharap masyarakat mengambil pendekatan dengan membeli Jalur Gemilang sendiri dan tidak mengharapkan bendera yang diagih oleh agensi kerajaan semata-mata,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI