fbpx

Alumni myJICA sumbang keperluan pencegahan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazizul (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Ahmad Fairuz (tiga dari kanan) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor hari ini.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Persatuan Alumni Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun Malaysia (myJICA) memberikan sumbangan keperluan pencegahan Covid-19 kepada kerajaan negeri melalui Unit Pengurusan Bencana Selangor (SDMU).

Antara keperluan pencegahan yang diberikan adalah 5,000 keping pelitup muka, 100 botol cecair pembasmi kuman dan 200 botol tablet Vitamin C.

Presiden myJICA, Norazizul Abdul Aziz berkata, sumbangan tersebut adalah tanda sokongan persatuan tersebut kepada kerajaan negeri bagi membanteras gejala virus Covid-19.

“Kami memberi sumbangan keperluan pencegahan Covid-19 antaranya pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan beberapa barangan lain.

“Kami berharap sumbangan ini mencukupi dan membantu dalam menambah bekalan SDMU perlukan dalam usaha mengekang pandemik Covid-19,” katanya selepas majlis Sumbangan myJICA kepada SDMU di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di sini hari ini.

Sumbangan itu disampaikan Norazizul kepada Ketua Penolong Setiausaha SDMU, Ahmad Fairuz Mohd. Yusof.

Dalam perkembangan berlainan, Norazizul berkata, sejumlah 20 alumninya yang telah berkhidmat di Kementerian Kesihatan sebaik menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.

Jelasnya, selain bidang perubatan, alumni myJICA turut terlibat dalam bidang pengajian lain dan kementerian dalam kerajaan

“Kira-kira 5,000 alumni kami bekerja di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)dan beberapa agensi lain. Alumni ini turut membantu kerajaan Malaysia menangani Covid-19 seperti mengumpul data kes, menganalisis kes dan sebagainya

“Kita merancang membuat siaran webinar secara langsung kepada untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI