fbpx

Penubuhan RCI siasat salah laku TH dalam waktu terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan salah laku dan penjualan aset dalam Tabung Haji (TH) akan diputuskan selepas dibincangkan mesyuarat jemaah menteri dalam masa terdekat.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kerajaan akan mencari titik penyelesaian mengenai isu TH yang boleh diterima semua pihak.

Menurut beliau, kerajaan amat memahami bahawa dalam meneliti dan menilai segala transaksi yang dilakukan TH perlunya ada satu badan bebas dan berautoriti.

“Mesyuarat menteri dalam masa terdekat akan membincangkan sedalam-dalamnya berkenaan isu TH termasuk cadangan dan kewajaran penubuhan RCI.

“Sebagai menteri yang dipertanggungjawab menjaga institusi TH, saya tegaskan bahawa kerajaan akan teliti dan nilai semua transaksi yang dibuat TH. Fokus kerajaan agar segala operasi TH dijalankan dengan penuh integriti dan amanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI