fbpx

Ke Sana Ke Sini Ke Sunway jana RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Promosi Ke Sana Ke Sini Sunway anjuran Sunway City Kuala Lumpur (KL) telah berjaya merancakkan semula industri pelancongan domestik dengan janaan pendapatan lebih daripada RM20 juta.
Kempen selama dua minggu yang bermula 6 hingga 20 Julai lalu itu menyaksikan jualan melebihi 18,000 bilik penginapan malam di Sunway City  KL  berbanding sasaran awal sebanyak 10,000 bilik malam.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli-Belah dan Taman Tema Sunway, HC Chan berkata, promosi berkenaan memberikan kesan gandaan pendapatan yang besar berbanding sekadar bayaran sewa bilik.
Menurut beliau, selain sumbangan langsung lebih RM5 juta daripada tempahan bilik, sejumlah besar sumbangan tidak secara langsung bernilai RM15.5 juta turut menyusul hasil perbelanjaan sampingan pelanggan di hotel, taman tema dan pusat beli belah Sunway.
“Daripada analisis kami, kejayaan kempen ini disokong pembangunan bersepadu Sunway City Kuala Lumpur yang membolehkan destinasi pelancongan semua dalam satu dengan protokol keselamatan yang sama digunakan untuk semua premis.
“Wawasan untuk mewujudkan perbandaran yang lancar, terhubung, selamat dan lestari membolehkan Sunway City KL terus menerajui kebangkitan sektor pelancongan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Berikutan kejayaan tersebut, Sunway telah melancarkan promosi Ke Sana Ke Sini Ke Sunway LAGI! dengan harga bermula daripada RM499 bermula 1 hingga 21 Ogos ini untuk tempoh perjalanan dari 1 Ogos hingga 31 Oktober 2020.
Pakej baharu itu merangkumi penginapan tiga hari dua malam di Sunway Pyramid Hotel atau Sunway Clio Hotel untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak, tiket masuk ke Sunway Lagoon (dua dewasa dan dua kanak-kanak) dan baucar bernilai RM50 untuk digunakan di Sunway Pyramid Mall.
Tahun ini, sektor pelancongan tempatan dianggarkan rugi RM45 bilion berikutan penutupan sempadan dan pintu masuk negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI