fbpx

Amelina sudah berpunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMELINA

PETALING JAYA – Ratu dangdut, Amelina mengesahkan sedang mengenali hati budi seorang lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, 46, bagaimanapun enggan memperincikan lebih lanjut gerangan lelaki yang berjaya mencuri hatinya.

“Secara jujurnya, kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Kalau ada jodoh, adalah.

“Kalau orang tanya, adakah tahun ini saya akan berkahwin, saya tiada kuasa untuk memberikan jawapan.

 

AMELINA kini muncul dengan single perdana berentak balada, bertajuk Ada Untukmu. – AMIR KHALID

 

Allah Maha Kaya, itu semua jodoh,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis pelancaran single terbaharunya, Ada Untukmu di Ara Damansara di sini sebentar tadi.

Ditanya sejauh mana keseriusan hubungan dengan lelaki berkenaan, pelantun lagu Asyik itu berkata, biarpun mempunyai hasrat untuk berkahwin sekali lagi, namun anak-anak ialah keutamaan buat dirinya.

“Yang penting anak-anak selesa dengan dirinya. Orang (lelaki) yang ingin bersama saya perlu terima orang di sekeliling saya.

“Dia tidak kuat cemburu dan tidak sombong. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan,” ujarnya.

Sebelum ini, Amelina pernah berkahwin dengan Reduan Mahmood namun bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur Athirah, 19, Putera Al Affiq, 18, Putera Al Asyraff, 17, Puteri Nur Asyurah, 15, Putera Al Arffa, 13 dan Putera Al Amzar, 8 tahun.

Bercakap tentang perkembangan terbaharu, Amelina kini muncul dengan single perdana bergenre balada berjudul Ada Untukmu selepas lebih 20 tahun bergelar penyanyi dangdut.

Lagu berkenaan ciptaan sepenuhnya Aepul Roza dan klip video rasmi akan menemui peminat esok, pukul 6 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI