fbpx

Buaya, puni dan udah aki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
MUHAMMAD FIRDAUS HASSAN PENOLONG PENGARANG BERITA

 

Buaya sinonim dengan Sarawak. Geografi negeri yang berselirat dengan sungai menjadi habitat kepada reptilia berkulit keras itu.

Siri demi siri serangan buaya sehingga mengorbankan nyawa manusia sering dilaporkan media.

Mendengar nama Bujang Senang, Bujang Belawai, Bujang Samarahan, Bujang Tisak, Bujang Subis dan Bujang Seblak pasti terbayang keganasan haiwan itu yang pernah mendatangkan kegemparan di Malaysia.

Terbaharu, pada 26 Julai lalu seorang remaja Iban, Ricky Ganya, 14, menjadi mangsa dibaham buaya di Batang Ulu Belawai, Tanjung Manis.

Kejadian itu selang dua hari seorang lelaki, Kong Gindi, 47, hilang selepas dilihat ‘diheret’ masuk Sang Bedal ke sungai di Sungai Seduku, Sri Aman.

Konflik manusia dan buaya ini dijangka berterusan selepas Jabatan Hutan Sarawak merekodkan terdapat 180,000 ekor buaya di sungai-sungai di negeri itu antara tempoh 2012 hingga 2015.

Diandaikan bagi setiap kilometer sungai terdapat antara lapan hingga 12 ekor buaya.

Sekitar tahun 2012 dan 2013, penulis yang bertugas di Bumi Kenyalang berkesempatan mengikuti beberapa operasi menangkap buaya.

Antara yang sempat didekati semasa membuat beberapa liputan berita ialah kakitangan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Wan Mazlan Wan Mazian.

Pada Januari 2013, operasi dianggotainya berjaya menangkap Bujang Selang sepanjang lima meter dengan berat luar biasa iaitu 629 kilogram.

Operasi itu dilakukan selepas haiwan itu membaham anjing pengawal di tebing Sungai Teruntum berhampiran rumah rehat bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Wan Mazlan memberitahu, buaya apabila dewasa serta semakin membesar akan menjadi malas dan sukar bergerak lincah untuk menangkap mangsa untuk dijadikan makanan utama seperti ikan.

Pemangsa itu akan menyerang hendap mangsa, menyambar dan mengheret masuk ke sungai untuk dilemaskan sebelum dibawa ke lubuknya untuk dimakan.

Jadi apa sahaja yang berada di gigi air akan menjadi sasarannya. Selain untuk mendapatkan makanan, faktor mengawan dan mengawal telur yang sedang dieram juga menjadi punca sifat agresif haiwan itu.

Berbeza pula kepercayaan dengan pawang buaya tersohor, Indet Sanabong apabila menurutnya masyarakat Iban percaya buaya tidak menyerang orang sembarangan.

Sebaliknya, hanya orang yang berada dalam keadaan puni (sebutan punik) sahaja akan diserang. Puni dikatakan seperti sumpahan atau dalam budaya Melayu seakan-akan kempunan.

Puni ini contohnya apabila seseorang dipelawa makanan atau minuman tetapi dia tidak menjamahnya sebaliknya melakukan pekerjaan lain.

Malah, menjadi adat dan tradisi mereka apabila menolak pelawaan tersebut perlu menyentuh bekas makanan atau minuman dengan menyebut ‘udah aki’ (sebutan akik).

Ini bagi mengelakkan sumpahan atau menjadi mangsa Sang Bedal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI