fbpx
Suspek (kiri) dibawa keluar sambil diiringi pihak polis dari lokasi pencarian.

[VIDEO] Tiada bukti ditemui di lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Operasi mencari bahan bukti dipercayai sebuah telefon jenis Samsung milik seorang pensyarah yang mati dijerut suaminya dalam kejadian 29 Julai lalu, selesai kira-kira pukul 1.10 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata, operasi di lokasi tasik Taman Putra Perdana itu mengambil masa dua jam 10 minit dengan kekuatan tiga anggota penyelam daripada Pasukan Polis Marin.

“Bagaimanapun tiada barang bukti ditemui di lokasi kejadian kerana penyelam berdepan kesukaran untuk mengesan objek tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, polis membawa suspek ke lokasi tasik Taman Putra Perdana pada pukul 11 pagi tadi bagi mencari bahan bukti berhubung siasatan. -K! ONLINE