fbpx

Penyelidik UPM temui gula trehalulosa dalam madu kelulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarang lebah kelulut di Ladang 10, UPM, Serdang

SERDANG – Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemui gula trehalulosa dalam madu kelulut yang sinonim dengan perubatan tradisional bagi pesakit diabetes.

Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Dr. Norhasnida Zawawi berkata, mereka menguji madu daripada lima spesies lebah, dengan dua daripadanya dari Malaysia, dua Australia dan satu dari Brazil.

“Kami mendapati mendapati 13 sehingga 44 gram gula trehalulosa didapati dalam semua madu tersebut, bukannya gula maltosa seperti yang difikirkan sebelum ini.

“Madu kelulut yang dikaji dari Malaysia iaitu spesies G. thoracica mempunyai kandungan trehalulosa paling tinggi iaitu 84 peratus daripada berat madu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penyelidikan terhadap madu kelulut itu turut dijalankan oleh Profesor Madya Dr. Mary Fletcher dari Universiti Queensland, Australia serta ahli kumpulan penyelidikan lain makmal Perikatan Queensland untuk Pertanian dan Inovasi Makanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI