fbpx

Akademi JDT terima anugerah Ahli Emas Piagam SupaRimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STUART (tengah) bergambar bersama pegawai pengurusan Akademi JDT di ibu pejabat Kelab JDT, Johor Bahru semalam. - FAM.ORG.MY

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PENGURUSAN Akademi Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bertaraf antarabangsa telah melayakkan mereka bergelar akademi bola sepak pertama di Malaysia menerima anugerah Ahli Emas Piagam SupaRimau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Johor Bahru semalam.

Setiausaha Agong FAM, Stuart Ramalingam berkata, pemilihan Akademi JDT mendapat pengiktirafan tersebut menepati lima kriteria khas meliputi aspek kepimpinan, perancangan, kemudahan, pertandingan akar umbi dan pendidikan. 

Jelasnya, langkah pengiktirafan tersebut antara lain untuk memperkasakan program bola sepak di peringkat akar umbi di setiap negeri. 

“Kepimpinan FAM memberi penekanan terhadap pembangunan bola sepak akar umbi yang difikirkan sebagai langkah terbaik bagi melahirkan pemain muda yang berkualiti serta membentuk mereka dengan kemahiran untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.

“Bagi tujuan itu, Piagam SupaRimau FAM diwujudkan sebagai inisiatif dan komitmen untuk meningkatkan taraf akademi bola sepak negara serta meletakkan mereka di landasan yang tepat dalam peringkat bola sepak akar umbi. 

“Piagam ini juga merupakan piawaian penanda akademi layak untuk menyertai Liga Akar Umbi FAM yang menyediakan persaingan menyeluruh dan mencorakkan perjalanan karier pemain,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Kelab JDT di Johor Bahru.

Hadir sama Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo; Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dan Setiausaha Kehormat JDT,  Kapten Mohd. Anizam Jamian.

Menurut Stuart, sehingga kini, sebanyak 250 akademi bola sepak sudah menjadi Ahli Piagam SupaRimau dan penyertaan adalah  terbuka kepada mana-mana akademi bola sepak swasta yang berminat.

“Dengan anugerah serta pengiktirafan ahli emas itu, Akademi JDT bakal menikmati pelbagai kelebihan antaranya akreditasi daripada FAM selain boleh menyertai Liga Akar Umbi FAM, layak menerima pampasan latihan bagi pemain yang berjaya menjadi profesional serta layak menikmati keistimewaan keahlian. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI