fbpx

PDRM akan terus kenakan kompaun jika tidak guna pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. Gambar FAUZI BAHARUDIN

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berterusan mengenakan tindakan kompaun kepada mereka yang masih berdegil dan tidak mahu menggunakan pelitup muka.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, tindakan tersebut seiring dengan arahan kerajaan yang mewajibkan penggunaan pelitup muka ketika berada di tempat awam serta kawasan sesak.

“Ini adalah arahan daripada kerajaan, kita diwajibkan guna pelitup muka di tempat awam serta sewaktu menggunakan pengangkutan awam.

“Di lokasi-lokasi selain yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula, kita akan melihat sekiranya ada unsur-unsur yang membolehkan tindakan kompaun dilaksanakan seperti sengaja berkumpul atau dengan sengaja enggan memakai pelitup muka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan tentang luahan orang awam yang mendakwa masih keliru tentang lokasi yang diwajibkan untuk mengenakan pelitup muka

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, tindakan kompaun yang dikenakan di lokasi-lokasi selain yang telah ditetapkan KKM itu bergantung kepada budi bicara serta pemerhatian anggota bertugas.

“Garis panduan yang lebih jelas akan dikeluarkan oleh KKM dalam sedikit masa lagi dan pihak polis akan berterusan mengenakan tindakan kompaun kepada mereka yang enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” tegas beliau. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI