fbpx

Atletico yakin sekat Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OBLAK (kanan) menjadi buruan Chelsea yang mahu melepaskan khidmat Arrizabalaga yang dilihat gagal memberikan aksi terbaik. –AFP

MADRID – Atletico Madrid percaya bahawa Chelsea tidak akan mampu untuk membayar nilai bagi mendapatkan khidmat penjaga gol mereka, Jan Oblak kerana sedang cuba menyelesaikan urusan perpindahan pemain Bayer Leverkusen, Kai Havertz.

Oblak yang mempunyai kontrak sehingga 2023 bersama Atletico memiliki klausa pelepasan bernilai £120 juta (RM665.78 juta) selain presiden kelab, Enrique Cerezo mengesahkan bahawa tidak akan membuka sebarang rundingan untuk pasukan lain mendapatkan pemain itu.

Sumber di Atletico mendedahkan, mereka yakin bahawa The Blues tidak mampu untuk membayar nilai Oblak yang begitu tinggi, selain mereka dilihat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Havertz serta sudahpun menandatan­ga­ni Hakim Ziyech dan Timo Werner.

Pemain Leverkusen itu memiliki nilai melebihi €100 juta (RM499.47 juta) dan Chelsea dilihat hanya mampu memilih salah seorang sama ada Oblak atau Havertz untuk menyertai mereka.

Bagaimanapun, laporan di England menyebut bahawa Chelsea bersedia untuk mendapatkan Oblak yang dianggap sebagai salah seorang penjaga gol elit dunia.

Pengendali Chelsea, Frank Lampard dikatakan sudah tidak berminat untuk mengekalkan penjaga gol mereka, Kepa Arrizabalaga yang akan dijadikan umpan kepada Atletico untuk mendapatkan Oblak.

Namun, terdapat juga khabar Valencia muncul memberikan tawaran kepada Chelsea untuk mendapatkan Arrizabalaga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI