fbpx

Turun naik balai bomba dan pejabat kesihatan belajar SOP kenduri kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi (kiri) memerhati ahli keluarga merekod suhu badan salah seorang tetamu pada majlis menyambut menantu di Taman Damai, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Majlis menyambut menantu antara pasangan mempelai Mohd. Nafis Abdul Hadi dan Samihah Afandi di Taman Damai, Kuala Berang di sini tetap meriah biarpun berlangsung dalam suasana normal baharu.

Bapa pengantin, Abdul Hadi Saad, 65, berkata, keluarganya menyediakan pelitup muka kepada semua 200 tetamu selain melakukan sanitasi di kawasan khemah dan rumahnya.

Beliau juga mengambil inisiatif menyediakan laluan keluar masuk tetamu dan buku log mencatatkan butiran peribadi dan suhu badan mereka serta mengagihkan makanan kenduri secara bungkus.

“Seminggu sebelum majlis menyambut menantu anak ketujuh saya, Mohd. Nafis dengan pasangannya yang masing-masing berusia 28 tahun, saya pergi ke balai bomba dan pejabat kesihatan daerah untuk belajar sendiri prosedur operasi standard (SOP) norma baharu mengadakan kenduri.

“Walaupun masih berhadapan dengan pandemik Covid-19, keluarga kami tidak sedap hati kalau kehadiran menantu baharu tidak diraikan namun pada masa sama, pematuhan SOP normal baharu tidak boleh diabaikan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, mengikut perancangan asal, Mohd. Nafis dan Samihah yang diijab kabul pada 25 Julai lalu akan diraikan dalam majlis sambut tetamu dengan jemputan 1,000 orang.

Menurut beliau, jemputan terpaksa dihadkan kepada 200 orang memandangkan penularan pandemik Covid-19 masih berlaku.

“Biarpun dalam keterbatasan, saya bersyukur majlis sambut menantu ini masih meriah dan berjalan lancar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI