fbpx
GULUNG pakaian anda untuk membolehkan lebih banyak pakaian diisi dalam beg.

Kemas bagasi untuk bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGEMAS barangan untuk bercuti antara perkara yang sering merunsingkan fikiran. Kekhuatiran terbawa barangan secara berlebihan sehingga menyukarkan perjalanan antara hal yang selalu bermain di fikiran.

Tidak kira untuk balik kampung sempena lebaran atau melancong dalam negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini, mengemas pakaian dan kelengkapan memang harus dilakukan kerana pastinya kita memerlukan barangan keperluan di destinasi percutian.

Perjalanan yang jauh tidak seharusnya dibebani dengan barang yang berlebihan. Turut dirisaukan, jika barangan penjagaan diri tertumpah sehingga terkena pakaian.
Oleh itu, Horizon kali ini kongsikan beberapa tip penting untuk mengemas barangan di dalam bagasi.

1. Senarai semak barangan

Membuat senarai semak barangan sangat penting bagi memastikan tidak ada perkara penting tertinggal dan akhirnya menyusahkan kita pada masa akan datang.

Semak sepenuhnya aktiviti yang bakal dilakukan dan kenal pasti barangan atau pakaian yang akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti itu.

Jangan pandang ringan untuk membuat senarai semak ini, apatah lagi jika merancang untuk pergi bercuti dalam tempoh masa yang lama.

Ini juga dapat memastikan semua perancangan berjalan lancar dan kita dapat menikmati percutian dengan tenang dan gembira.

2. Pilih beg yang bersaiz kecil

Harus diingat, semakin besar beg pakaian anda, semakin banyak barang yang akan dimasukkan.

Cara termudah untuk mengelakkan diri membawa terlalu banyak barang adalah dengan membeli beg pakaian yang keras dan tingginya sederhana, tidak lebih 22 inci (55 sentimeter).

3. Pilih fabrik pakaian yang bersesuaian

Bawa pakaian yang sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan.

Selain itu, pilih fabrik yang tidak mudah berkedut kerana pastinya anda tidak mahu membuang masa untuk menggosok pakaian, apatah lagi jika di tempat itu tidak menyediakan seterika.

 

Peralatan mandian harus diasingkan daripada pakaian dengan diisi ke dalam beg kecil yang kemudian turut dimasukkan ke dalam bagasi bagi mengelak keciciran.

 

4. Asingkan peralatan mandian

Mengasingkan peralatan mandian daripada beg pakaian adalah penting bagi memastikan ia mudah untuk ditemukan.

Letakkan peralatan mandian itu dalam beg kecil yang berasingan daripada beg pakaian supaya cecair daripada produk tersebut tidak tertumpah dan terkena barangan lain.

5. Gulung pakaian

Bagi menjimatkan ruang, anda disarankan menggulung pakaian tersebut berbanding melipatnya seperti kebiasaan.

Kemudian sebaiknya letakkan pakaian tersebut di dalam beg mampat vakum dan tekannya untuk mengosongkan udara bagi memberi lebih banyak ruang pengisian barangan.

6. Kekalkan keharuman

Adalah penting untuk memastikan pakaian anda berbau segar dan harum sentiasa kerana anda sudah semestinya tidak mahu ke dobi atau mencuci pakaian semasa bercuti.
Letakkan uncang potpuri kecil di dalam beg pakaian tersebut untuk memberikan keharuman.

BERITA BERKAITAN