fbpx

Selangor E-Bazar Raya jana ‘ripple effect’ RM341.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peniaga Selangor E-Bazar Raya sambil disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana, Datuk Teng Chang Kim, hari ini.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM- Sebanyak RM341.5 juta ‘riple effect’ atau kesan riak berjaya dijanakan melalui kempen Selangor E-Bazar Raya, yang berakhir pada 4 Julai lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah tersebut melangkaui sasaran awal oleh pihaknya, iaitu sebanyak RM8 juta.

“Kesan riak itu merangkumi kesan ekonomi, sosio-ekonomi, sosio ekonomi dan penjenamaan seperti hasil perniagaan penjual secara keseluruhan.

“Jumlah ini melebihi sasaran awal, iaitu sebanyak 341 peratus daripada jumlah baucer RM1 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri,”katanya pada sidang akhbar dalam majlis pembentangan laporan kempen Selangor E-Bazar Raya di Bilik Gerakan Negeri sini hari ini.

Kempen tersebut adalah sebuah kerjasama eksklusif di antara kerajaan negeri dengan platform e-dagang, Shopee yang bertujuan untuk membantu para peniaga memasarkan produk mereka secara dalam talian, susulan larangan awal Kerajaan Persekutuan yang tidak membenarkan peniaga dalam beberapa sektor membuka premis mereka.

Mengulas lanjut, Amirudin menegaskan penyertaan peniaga juga
memberansangkan dengan seramai 8,400 berbanding sasaran seramai 5,000 peniaga .

“Kerajaan negeri mendapat pulangan pelaburan sebanyak RM11.7 juta iaitu 12 kali ganda daripada disasarkan sebanyak RM1 juta.

“Justeru, melihat kepada prestasi ini rancangan kerjasama strategik lain akan dijalankan melalui Invest Selangor Berhad,”jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI