fbpx
Antara peralatan yang dirampas dalam serbuan terhadap satu sindiket perjudian dalam talian di Bukit Mertajam, semalam.

Sindiket judi online tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Satu sindiket judi online berjaya dilumpuhkan selepas tertangkapnya dua lelaki yang bertindak sebagai operator judi dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kedua-dua suspek yang berusia 20 tahun itu diberkas dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 petang bersama beberapa peralatan komputer yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian online.

Katanya, antara peralatan yang dirampas termasuk dua buah komputer riba, dua buah skrin komputer, empat buah telefon bimbit dan sekeping kad akses bersama anak kunci.

“Turut dirampas adalah dua unit tetikus, kalkulator, meja, buku dan sebuah modem atau peranti yang digunakan untuk jalur lebar.

“Hasil soal siasat terhadap suspek mendapati, kegiatan itu telah bermula sejak dua bulan lalu di syarikat yang dimiliki oleh seorang lagi suspek berusia 29 tahun yang ditangkap di Taman Limau Manis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a),(b),(c),(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

POPULAR