fbpx

Luqman sertai skuad B-19 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN berada dalam senarai 30 pemain untuk menjalani kem latihan pusat fasa 2 bagi menghadapi Kejuaraan B-19 AFC 2020.

KUALA LUMPUR – Pemain sensasi skuad bawah 19 (B-19) negara, Luqman Hakim Shamsudin berada dalam senarai 30 pemain untuk menjalani kem latihan pusat fasa 2 yang akan berlangsung bermula 3 Ogos hingga 30 Ogos depan.

Seramai 26 pemain daripada senarai 35 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat fasa 1 yang berakhir Sabtu lepas telah dipanggil semula untuk mengikuti kem latihan pusat fasa 2 ini.

Selain Luqman, dua pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri dan Ziad Al Basheer Norhisham serta penjaga gol, Ahmad Irfan Ibrahim antara nama baharu yang dipanggil.

Sementara itu, pemain muda negara kelahiran Amerika Syarikat (AS), Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal yang mewakili Akademi St. Louis turut berada dalam senarai meskipun terdapat ura-ura bahawa dia hanya akan kembali pada kem latihan pusat Fasa 3 pada September.

Skuad Brad Maloney masih dalam proses penilaian pemain sebagai persediaan bagi menghadapi Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang akan berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober 2020.

Pada pusingan akhir di Uzbekistan nanti, Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan D bertemu Tajikistan pada Jumaat, 16 Oktober 2020 diikuti aksi kedua menentang Qatar pada Isnin, 19 Oktober 2020 dan seterusnya aksi terakhir kumpulan berdepan Yemen pada Khamis, 22 Oktober 2020. Ketiga-tiga perlawanan dijadual berlangsung di Stadium AGMK, Olmalik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI