fbpx
FERNANDES berjaya menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Leicester untuk mengumpul 10 gol sepanjang bersama United bermula Januari lalu. – AFP

Kritikan buat United kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menghamburkan pujian terhadap skuad kendaliannya selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat ketiga.

Kemenangan 2-0 yang dicatat ke atas Leicester City pada aksi terakhir liga di Stadium King Power malam kelmarin turut menyaksikan United kembali ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Beliau berkata, sebelum perlawanan bermula, semua pemain dan kakitangan United mengadakan perjumpaan bagi membincangkan aksi keseluruhan mereka musim ini.

“Satu pencapaian yang cukup menakjubkan oleh pemain dan staf. Kami mengadakan perjum­paan di sebelah pagi dan saya katakan kepada mereka, tidak kira apa yang berlaku, kami tetap bersama.

“Sebelum ini kami sering dikritik tetapi ia membuatkan kami lebih kuat dan percaya dengan apa yang dilakukan. Pencapaian ini adalah hasil kerjasama semua pihak di United,” kata Solskjaer.

Pada masa sama, pengendali dari Norway itu memuji pemain tengah, Bruno Fernandes yang menjaringkan gol ke-10 musim ini selepas menyempurnakan sepakan penalti.

“Kami akui selepas kemasukannya ke kelab ini, dia memberi impak yang cukup besar kepada pasukan. Dia memiliki kemam­puan mencipta serta menjaringkan gol dan itu yang telah dilakukannya,” ujarnya. – AGENSI

POPULAR