fbpx

AADK Pasir Puteh tahan tiga penagih pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil kuda yang dirampas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh dalam Ops Sharp di sebuah rumah di Kampung Besar, Semerak, Pasir Puteh semalam.

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh menahan tiga penagih termasuk seorang pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Besar, Semerak di sini semalam.

Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh , Azlina Mohd. Zain berkata, pihaknya telah menjalankan risikan menerusi Ops Sharp selama beberapa hari.

Katanya, tujuh anggota AADK digerakkan ke lokasi pada pukul 8 pagi semalam dengan menumpukan kepada rumah suspek sebelum serbuan dilakukan.

“Penahanan tiga lelaki berusia 26 hingga 36 tahun itu membawa kepada penemuan 15 biji pil kuda dan dadah jenis syabu seberat 0.98 gram.

“Pil kuda itu sudah dibungkus dengan penyedut minuman dipercayai akan dijual kepada penagih dadah tempatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Katanya, semua suspek positif dadah Methamphetamine selepas ujian air kencing dijalankan di lokasi serbuan.

Tambah Azlina, lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai merupakan pengedar dadah diserahkan kepada pihak polis bersama barang kes yang ditemui bersamanya untuk tindakan lanjut.

“Kesemua suspek adalah penagih baru dibawa ke pejabat AADK untuk siasatan lanjut dan dokumentasi.

” Dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 3(1)Akta Pemulihan Dadah (APD) (Rawatan dan Pemulihan)1983,” katanya.

Tambahnya, dua lelaki direman di Pusat Tahanan Reman Pasir Mas dekat sini manakala pengedar dadah itu pula ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh untuk siasatan lanjut bermula hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI