fbpx
AZIZAN (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada wakil pengendali hotel pada Majlis Perasmian Disinfeksi Di Premis Penginapan Pelancongan Bagi Tahun 2020 di Hotel Perdana, Kota Bharu.

50 hotel di Kelantan terima baucar RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kerajaan negeri memberi insentif berupa baucar penginapan berjumlah RM3,000 kepada 50 hotel terpilih di negeri ini melibatkan jumlah keseluruhan RM150,000 bermula bulan depan.

Langkah itu bagi menarik ramai pelancong domestik untuk berkunjung ke hotel, di samping melonjakan industri pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan Warisan dan Pelancongan Mejar (B) Azizan Ab Rahman berkata, banyak hotel dan hotel bajet di negeri ini terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 baru-baru ini.

“Dalam usaha untuk menarik pelancong ke negeri ini, kita mengambil inisiatif dengan memberi baucar sebanyak RM30 kepada 100 pertama pelanggan yang terawal di setiap hotel.

“Kita berharap usaha ini dapat merangsang meningkatkan semula ekonomi melibatkan hotel dan hotel bajet” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Disinfeksi Di Premis Penginapan Pelancongan Bagi Tahun 2020 di Hotel Perdana di sini hari ini.

Program itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Persatuan Hotel dan Jabatan Kesihatan Kelantan.

Hadir sama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Penolong Penguasa Zukeri Shafei dan Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Perdana Amer Ahmad.

Program itu bertujuan menyahkuman semua hotel-hotel terlibat bagi memastikan keadaan selamat berikutan pandemik Covid-19.

Menguls lanjut, Azizan berkata , kerajaan turut memberi insentif sebanyak RM27,500 kepada 17 hotel bertaraf empat bintang ke bawah dan 38 hotel bajet.

Ujar beliau, banyak hotel terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kini  pulih antara 50 hingga 70 peratus seperti pasar terapung di Pulau Suri dekat sini.

“Tiada penginapan premis pelancongan yang gulung tikar setakat ini akibat Covid-19 di Kelantan.

“Selain itu, kerajaan negeri masih mengekalkan sasaran seramai 5.5 juta orang pelancong menerusi Tahun Melawat Kelantan 2020,” katanya. -K! ONLINE

POPULAR