fbpx

365 Pasukan Bomba Sukarela akan diperkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memperkasa 395 buah Pasukan Bomba Sukarela (PBS) sebagai pasukan bertindak awal ke arah tadbir urus yang lebih teratur di bawah pindaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 atau Akta 341 yang dijangka siap hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, pindaan itu membabitkan soal pendaftaran, pemberian peruntukan, pemberian elaun, pakaian seragam serta menambah baik prosedur operasi standard (SOP).

“Buat masa ini, terdapat sebanyak 395 buah pasukan dengan keahlian seramai 14,813 orang di seluruh negara yang bertindak sebagai first responder dalam menangani insiden-insiden kebakaran di kawasan-kawasan luar bandar atau yang terpencil yang tidak terdapat balai bomba.

“Dengan itu, aktiviti PBS akan dapat diselaras termasuk menyediakan latihan, kelengkapan dan cadangan memberi elaun kepada anggota PBS yang aktif,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia di sini semalam.

Pada majlis itu, Mohammad Hamdan turut menyampaikan sijil penghargaan dan pemakaian ‘patch’ kepada anjing pengesan K9.

Mohamad Hamdan berkata, walaupun pindaan akta masih dalam proses penggubalan, JBPM sudah memulakan pendaftaran PBS secara online melalui e-PBS di lima negeri iaitu Perak, Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. -K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI