fbpx

Gagal patuh PKPP, polis keluar 16 kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Sebanyak 16 kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis dan pelanggan di sekitar daerah Timur Laut hari ini selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Operasi yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut selama dua jam mulai pukul 12 tengah hari itu melibatkan lima kawasan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pemeriksaan dijalankan di premis-premis perniagaan dan salun rambut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pelanggan dan pekerja premis gagal mematuhi SOP PKPP.

“Lapan kompaun masing-masing dikeluarkan ke atas pelanggan dan pemilik premis kerana tidak mematuhi arahan penjarakan sosial, gagal mencatit kehadiran pelanggan dan suhu badan serta gagal mematuhi SOP pemakaian pekerja salun.

“Kompaun yang dikeluarkan adalah daripada 129 jumlah keseluruhan premis perniagaan yang diperiksa dalam operasi tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang itu perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh 14 hari untuk mengelakkan daripada tindakan seterusnya diambil. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI