fbpx

Peragut dilanggar selepas curi beg tangan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman video dikongsikan netizen di laman Facebook memaparkan suspek yang menaiki motosikal meragut warga emas berkenaan di Jalan Tambatan, Kota Tinggi, Johor pagi semalam.

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Tindakan seorang lelaki meragut warga emas di Jalan Tambatan di sini tidak berbaloi apabila bukan sahaja dilanggar bahkan hanya mendapat hasil RM20 sahaja dalam kejadian berlaku pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi semasa mangsa seorang wanita berusia 68 tahun itu dalam perjalanan ke hospital bagi tujuan mendapatkan rawatan.

“Sewaktu sedang berjalan seorang diri, mangsa telah diragut begnya oleh seorang lelaki tidak dikenali. Suspek memakai helmet berwarna kelabu, berbaju T warna hijau dan berseluar oren menunggang sebuah motosikal yang tidak dikenal pasti.

“Semasa kejadian terdapat sebuah kenderaan yang melihat kejadian dan cuba mengejar motosikal suspek ketika melarikan diri.

“Semasa kejar mengejar tersebut telah berlaku kemalangan diantara suspek dengan kenderaan awam lain. Suspek telah terjatuh dari motosikal dan seterusnya bergegas melarikan diri dari tempat kejadian kemalangan,”katanya kepada Kosmo hari ini.

Jelas Hussin, usaha mengesan suspek sedang dijalankan oleh bahagian risikan Bahagian Sisatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

Katanya, ekoran kejadian itu mangsa turut mengalami kecederaan luka dibahagian siku dan pergelangan tangan kiri.

“Beg yang mengandungi buku rawatan hospital serta wang RM20 sempat dilarikan suspek. Kes disiasat dibawah Seksyen 392 (Samun) Kanun Keseksaan,”katanya lagi.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI