fbpx

Netizen keliru peraturan Finas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROSES penggambaran video muzik ini dijalankan di sebuah pasar raya terkenal di Shah Alam, Selangor.

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk mewajibkan semua penerbit filem memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) bagi tujuan menerbitkan karya berkenaan di platform media sosial atau saluran tradisi mengundang kecaman dan rasa tidak puas hati warga netizen.

Rata-rata pengguna media sosial mempertikai keputusan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu dan menyifatkan peraturan itu sebagai tidak ma­suk akal serta membebankan.

Warga netizen turut menuntut pihak kerajaan agar memperincikan peraturan berkenaan bagi mengelak kekeliruaan terutama kepada pembikin video pendek yang kebanyakannya terdiri daripada pengguna media sosial.

Seorang netizen, Muhammad Yusuf menulis, “Lepas ini yang ada FB (Facebook), Youtube, TikTok, Instagram dan Bigo kena ada lesen…sebab nak post video.”

Beliau juga bertanya, adakah untuk merakam video kenduri kahwin perlukan lesen SPP?

Bagi Nik Anas Aiman pula, dia turut keliru dengan peraturan terbaharu itu dan bertanya, “Kalau student buat projek video pun kena kebenaran finas gak (juga) eh??”

Tinjauan ke atas komen-komen pengguna media sosial turut memperlihatkan kebimbangan mereka mengenai kemungkinan peraturan itu bakal menyekat rezeki pembikin video yang ketika ini sedang rancak menerbitkan pelbagai kandu­ngan video kreatif.

Zack Zaideen menulis, “Kita buat video untuk media sosial, kita ikut peraturan Google dan YouTube dah… mereka yang bayar kita… Finas ni tahu nak cilok duit kita jer.”

Asri Lotus pula menempelak keputusan itu dengan menulis, “mengarut dan menyusahkan rakyat. Langsung tidak praktikal dan pengumuman yang sangat tidak bijak.”

Terdahulu, Dewan Rakyat di sini semalam dimaklumkan semua penerbit filem wajib memohon Lesen SPP sebelum menerbitkan filem masing-masing sama ada di platform media sosial atau saluran tradisi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keperluan itu melibatkan mereka daripada agensi media arus perdana atau media perso­nal mengikut Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas 1981 Seksyen 22 (1).

Beliau menjelaskan, tafsiran akta itu termasuklah filem cerita, filem pendek, filem subjek ringkas, trailer, dokumentari, filem kecil dan iklan.

Dalam perkembangan ber­asingan, Saifuddin menjelaskan, terdapat laporan yang di­siarkan mengenai keperluan lesen Finas untuk perfileman telah memberi gambaran yang tidak tepat sehingga membawa kepada makna yang berbeza

“Akta tersebut telah digunakan selama ini iaitu oleh kerajaan-kerajaan terdahulu, terma­suk Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

“Pada tahun 1981, teknologi pada masa itu tiada langsung media sosial seperti Tik Tok, ­YouTube dan sebagainya. Kementerian ambil maklum bahawa akta ini perlu penambahbaikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI