fbpx

Buruh Bangladesh mengaku bersalah rasuah polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Nur , 32, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan memberikan suapan RM5, 000 kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar demi melepaskan dua rakannya yang ditahan memiliki rokok seludup, Mac lalu.

SHAH ALAM – Seorang buruh warga Bangladesh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberikan suapan RM5,000 kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar bagi melepaskan dua rakannya, Mac lalu.

Md. Nur Islam, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa telah memberikan suapan wang tunai RM5,000 kepada seorang anggota polis sebagai balasan untuk melepaskan dua rakannya yang ditahan memiliki rokok seludup di bawah Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967.

Kesalahan itu dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Jalan Kubu, Kuala Kubu Bharu pukul 9.20 malam pada 13 Mac lalu.

Sehubungan dengan itu, dia dakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab. Wahab menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan diminta hadir lapor diri di SPRM pada minggu pertama setiap bulan serta pasport tertuduh disimpan di mahkamah.

Tertuduh tidak diwakili peguam memohon ikat jamin dikurangkan kerana dia merupakan sumber utama pendapatan keluarga.

“Saya bekerja sebagai tukang membuat pintu pagar dan sekiranya tidak bekerja akan menyukarkan isteri dan anak saya selain mempunyai keluarga di Bangladesh,” jelasnya.

Rihaida kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 dan membenarkan syarat lain pihak pendakwaan selain mengarahkan kehadiran jurubahasa Bangladesh pada 24 Ogos depan untuk tarikh jatuh hukum. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI