fbpx

Tonik buat Harimau Malaya – Stuart

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STUART (dua dari kanan) ketika menjawab soalan pada segmen Influencer sukan pada majlis pelancaran akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

SKUAD Harimau Malaya mendapat tonik terbaik sebelum mengharungi baki tiga perlawanan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila berdepan dua aksi persahabatan menentang Kuwait dan Bahrain.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, selepas persetujuan mengatur aksi menentang Bahrain pada Oktober, anak-anak buah Tan Cheng Hoe akan bertemu Kuwait di Stadium Nasional Bukit Jalil, November nanti.

“Kami mendapat persetujuan untuk menentang Kuwait pada November sebelum mengharu­ngi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 terakhir menentang Thailand. Aksi tersebut akan dianjurkan di Malaysia.

“Pemilihan Kuwait dilakukan selepas mendapat persetujuan Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan. Kita bukan mengejar untuk menang semata-mata pada per­lawanan persahabatan tetapi memilih lawan yang berada di ranking lebih tinggi seperti Kuwait dan Bahrain sebagai pendedahan bagus untuk skuad kebangsaan.

“Ia memberi bayangan kepada penyokong bahawa skuad Harimau Malaya serius dalam meraih keputusan positif untuk tiga baki perlawanan nanti,” katanya kepada Kosmo! kelmarin.
Mengulas lanjut, Stuart me­ngakui segala persiapan telah diatur buat skuad Harimau Malaya bergantung kepada situasi semasa wabak Covid-19 ketika itu.

“Kami sentiasa berhubung dan mendapatkan nasihat daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memandangkan wabak Covid-19 masih belum pulih.

“Bagaimanapun, peranca­ngan untuk aksi antarabangsa itu sudah diatur sepenuhnya dan tarikh panggilan pemain ke kem latihan pusat skuad kebangsaan juga akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Skuad kebangsaan akan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di gelanggang lawan sebelum melayan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (13 Oktober) dan menentang Thailand di Bangkok pada 17 November.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI