fbpx

Pusat tahfiz rugi RM100,000 akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA petugas mengeluarkan barang yang rosak akibat banjir kilat di Pusat Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Pengajian As-Sakinah, Ulu Jeruas, Raub kelmarin.

Oleh M. RIZAL NOR

RAUB – Pusat Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam As-Sakinah, Ulu Jeruas di sini kerugian hampir RM100,000 akibat banjir kilat kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu menyebabkan banyak peralatan rosak selepas digenangi air hampir satu meter di kawasan tahfiz terbabit.

Penasihatnya, Mohd Shahrizan Md Isa berkata, kejadian tersebut hanya disedari selepas solat Subuh menyebabkan pihaknya tidak sempat untuk menyelamatkan kemudahan yang terdapat di institusi itu.

SEBAHAGIAN barangan yang rosak akibat banjir kilat di Pusat Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Pengajian As-Sakinah, Ulu Jeruas, Raub kelmarin.

 

“Peralatan seperti tilam, katil, almari, bantal, pakaian dan buku- buku musnah di tenggelami air dan lumpur.

“Kami mempunyai 20 pelajar namun mereka semua pulang ke rumah masing-masing sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya, kejadian kelmarin adalah kali kedua berlaku apabila tahfiz berkenaan pernah dilanda banjir kilat pada 2017.

“Kemusnahan kali ini lebih teruk dan kami memerlukan dana untuk menyediakan kemudahan kepada pelajar yang akan memulakan sesi pengajian tidak lama lagi,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 556244010666 atau CIMB 8602959570 atas nama tahfiz berkenaan atau hubungi Mohd Shahrizan di talian 019-6573445. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI