fbpx

Pasar Karat Loken dibuka kepada orang ramai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARAH Kanan Perkhidmatan dan Operasi MBI, Musa Dun (tiga dari kanan) membuat tinjauan pematuhan SOP orang ramai sempena pembukaan semula Pasar Karat Loken atau Memory Lane di Jalan Horley, Ipoh hari ini.

IPOH – Pasar Karat Loken atau Memory Lane di tengah bandar raya Ipoh hari ini kembali dibuka kepada orang ramai sejak ia ditutup bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak pandemik Covid-19 Mac lalu.

Pengarah Kanan Perkhidmatan dan Operasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Musa Dun berkata, pembukaan perniagaan tersebut hanya melibatkan perniagaan barangan lama, terpakai dan antik di Jalan Horley.

“Pembukaan semula Memory Lane ini dibuat secara penggiliran setiap minggu melibatkan 278 pelesen mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Memandangkan ia baru pertama kali dibuka kepada orang ramai sejak penutupannya Mac lalu, kita akan melihat pematuhan orang ramai terhadap SOP ini seterusnya membuat penambahbaikan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Lawatan Pematuhan SOP di Memory Lane di sini hari ini.

Tambah Musa, bagi memudahkan urusan pengunjung, MBI telah menyediakan enam pintu masuk dan beberapa orang kakitangan MBI telah ditempatkan untuk tujuan pemantauan pematuhan SOP.

“Kira-kira 1,000 pengunjung hadir pada hari pembukaan semula Memory Lane ini yang dibuka bermula 7 pagi hingga 1 tengah hari,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN