fbpx

Gaduh bongkar aktiviti pengedaran dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga suspek berusia 36 hingga 42 tahun itu dipercayai bergaduh kerana masalah peribadi ditahan kelmarin.

SABAK BERNAM – Pergaduhan tiga lelaki di sebuah balai raya berdekatan Sungai Ayer Tawar membongkar aktiviti pengedaran dadah di daerah ini kelmarin.

Ketiga-tiga suspek berusia 36 hingga 42 tahun itu dipercayai bergaduh kerana masalah peribadi sebelum ditahan pada pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd. Alias berkata, pihaknya terlebih dahulu menerima maklumat pergaduhan tersebut daripada orang ramai.

Katanya, dua daripada suspek terlebih dahulu ditahan sebelum menemui heroin seberat 15.4gram (g) bernilai RM500.

“Soal-siasat kemudiannya membawa penangkapan seorang lagi suspek sejam kemudian di kawasan berdekatan.

“Kita berjaya merampas dua peket syabu seberat 56.36g dan sepeket ganja seberat 1.39g dengan nilai keseluruhan hampir RM2,000,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Kata beliau berdasarkan siasatan awal mendapati kesemua suspek telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak 20 tahun lalu selain menjual dadah secara kecil-kecilan.

Agus menjelaskan kesemua suspek direman di antara lima hingga tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) serta 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI