Keputusan Hua Wei tinggalkan dunia balet berbaloi, raih emas pertama renang berirama


KUALA LUMPUR - Keputusan meninggalkan dunia balet dua tahun lepas berbaloi apabila perenang berirama negara, Gan Hua Wei meraih pingat emas acara rutin teknikal solo buat pertama kali dalam penampilan kali kedua dalam temasya Sukan SEA.

Endurance: Kesihatan kuda jadi keutamaan


SETIU - Penunggang acara kuda lasak bukan hanya perlu memikirkan kesihatan diri sendiri dan kemenangan tetapi juga kesihatan kuda yang perlu melepasi syarat pegawai veterinar sebelum memula dan meneruskan perlumbaan dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

DBKL tidak kompromi tunda kenderaan halang lalu lintas


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berkompromi terhadap kenderaan orang ramai yang didapati menghalang lalu lintas di kawasan venue temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Skuad polo azam ulangi sejarah emas 2007


KUALA LUMPUR - Pasukan polo Malaysia berazam untuk mengulangi kejayaan memenangi pingat emas oleh pasukan negara 10 tahun lepas pada Sukan SEA Nakhon Ratchasima.

Kedudukan terkini kutipan pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017


*Setakat pukul 3 petang (17 OGOS)

Pasukan compound negara tuai dua emas


KUALA LUMPUR - Pasukan memanah compound negara akhirnya menuai dua emas pada acara berkumpulan lelaki dan wanita di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) hari ini.

Kedudukan terkini kutipan pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur


*SETAKAT PUKUL 10 MALAM (16 OGOS)

Kemasukan Thanabalan, Azam bakar kebangkitan Malaysia tewaskan Singapura 2-1


SHAH ALAM - Ketua jurulatih skuad Projek Sukan SEA 2017, Datuk Ong Kim Swee menganggap kemasukan dua pemain gantian, Muhamad Nor Azam Abdul Azih dan N. Thanabalan menjadi antara faktor kebangkitan pasukan bimbingannya bangkit menewaskan skuad bawah 23 tahun (B-23) Singapura 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan A di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pemain No. 8 Malaysia jadi pemusnah nasib Singapura - Tardy


SHAH ALAM - Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Singapura, Richard Tardy menganggap kehebatan Muhamad Nor Azam Abdul Azih menjadi faktor utama kekalahan pasukan bimbingannya tewas kepada skuad B-23 Malaysia, malam ini.

Cuaca pada upacara pembukaan KL2017 Sabtu ini diramal hujan


KUALA LUMPUR - Cuaca diramalkan hujan pada malam upacara pembukaan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Jadikan emas pertama negara hari ini sebagai pembakar semangat - Khairy


KUALA LUMPUR - Kemampuan skuad chinlone meraih emas pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 buat Malaysia disifatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai satu misi yang berjaya disempurnakan barisan atlet dan jurulatih sukan itu.

Skuad wanita negara gugup berdepan Filipina


KUALA LUMPUR - Gugup dan hilang fokus dilihat punca kekalahan 1-2 pasukan bola sepak wanita Malaysia kepada Filipina dalam aksi sulung mereka dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di sini, semalam.

Skuad chinlone raih emas pertama negara


KUALA LUMPUR - Sepak takraw bagi kategori chinlone tunai janji untuk menghadiahkan pingat emas pertama negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Malaysia sasar 700,000 pelancong asing sempena KL2017


SHAH ALAM - Malaysia menyasarkan kira-kira 700,000 pelancong asing bakal mengunjungi negara ini sempena penganjuran temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Safawi masih belum puas, ikrar baiki prestasi pada pertemuan dengan Singapura esok


SHAH ALAM - Penyerang skuad Bawah 22 (B-22) negara, Muhd Safawi Rasid masih belum berpuas hati dengan persembahannya walaupun mencipta jaringan ketika Malaysia menang tipis 2-1 ke atas Brunei pada aksi pembukaan bola sepak Kumpulan A pada Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Lawan pedang: Dua beradik tekad hadiahkan emas untuk Malaysia


KUALA LUMPUR - Dua atlet lawan pedang negara, Natasha Ezzra Abu Bakar dan adiknya Nur Afrina Abu Bakar mahu menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 untuk membantu kontinjen negara meningkatkan pungutan pingat.

Skuad polo air negara tumpas tipis kepada Indonesia


KUALA LUMPUR - Harapan Malaysia untuk melakar kejayaan sulung dalam acara polo air kecundang, selepas skuad lelaki negara kalah tipis 3-4 kepada Indonesia dalam perlawanan awal di Pusat Akuatik Nasional di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil di sini hari ini.

Pelari pecut Thailand beri amaran kepada Khairul Hafiz


BANGKOK- Bintang pecut Thailand, Jirapong Meenapra mengakui pelari pecut Malaysia Khairul Hafiz Jantan ialah pelari pecut terbaik rantau ini berdasarkan prestasi mengagumkan pelari itu.

Kemenangan lebih penting daripada jumlah gol - Kim Swee


SHAH ALAM - Jurulatih skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22), Datuk Ong Kim Swee berpuas hati dengan persembahan anak didiknya walaupun menang tipis 2-1 ke atas Brunei pada perlawanan pertama Kumpulan A pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) di sini, malam tadi.

Tiga mata milik Malaysia


SHAH ALAM - Situasi di Stadium Shah Alam agak cemas seketika malam tadi apabila rentak permainan skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara nampak longgar pada penghujung babak pertama.

KL2017: Malaysia buka langkah kanan dalam acara bola jaring


KUALA LUMPUR - Skuad bola jaring negara memulakan kempen Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan langkah kanan selepas melakarkan kemenangan selesa 73-30 ke atas Thailand dalam aksi pembukaan di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, hari ini.

KL 2017: Lebih 1,000 anggota tentera ditempatkan di 38 lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya


KUALA LUMPUR - Lebih 1,000 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia menjaga ketenteraman dan keselamatan sepanjang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan berlangsung 19 hingga 30 Ogos ini.

KL 2017: Lebih banyak ujian doping dijalankan


KUALA LUMPUR - Lebih banyak ujian dadah akan dijalankan pada Sukan SEA Kuala Lumpur termasuk pemeriksaan darah yang diperkenalkan pada Sukan Singapura untuk membersihkan temasya itu daripada penipu.

KL 2017: TNB perkukuh sistem bekalan elektrik di 38 lokasi acara sukan


KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah memperkukuhkan sistem bekalan elektrik di 38 lokasi acara sukan dan 49 lokasi penginapan para atlet sebagai persiapan menjelang temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Pemilihan Terengganu sebagai venue acara Equestrian Endurance satu pengiktirafan - MB


KUALA NERUS - Pemilihan Terengganu sebagai venue acara Equestrian Endurance atau kuda lasak dalam temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 merupakan satu pengiktirafan terhadap negeri itu.

Lagi »