NEGARA

SPRM bertindak profesional

SPRM bertindak profesional


Dzulkifli (berdiri, tengah) bersama Mohamed Juhari (berdiri, tiga dari kiri) bergambar dengan barisan para pelakon teater Bahara Emas di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) me­negaskan bahawa segala tindakan dan operasi yang dijalankan oleh agensi itu adalah neutral dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Sebaliknya, ia dibuat berpandukan hasil siasatan daripada maklumat-maklumat yang diperolehi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, justeru pihaknya menyangkal tanggapan kononnya agensi itu bertindak akibat dipe­ngaruhi pihak tertentu.

Menurut beliau, walaupun bebas melakukan siasatan tetapi SPRM tidak bertindak membuat tuli.

“Kami akan mengambil tindakan berdasarkan laporan yang diterima disusuli siasatan.

“Proses siasatan termasuklah mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan bagi memastikan hasil siasatan adalah tepat dan telus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Teater Bahara Emas di Istana Budaya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 47