NEGARA

8 staf perubatan ditahan SPRM

8 staf perubatan ditahan SPRM


Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu, Sabah


KOTA KINABALU – Lapan penolong pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth 1 ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Op Optik kerana disyaki membuat tuntutan kerja lebih masa palsu.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Sabli berkata, kesemua individu yang ditahan pagi semalam itu termasuk seorang wanita berumur 26 hingga 38 tahun dan mereka bertugas di Jabatan Optalmologi hospital itu.

Menurut beliau, kese­mua kakitangan hospital itu disyaki mengemukakan dokumen tuntutan Penyata Elaun Lebih Masa palsu dengan keseluruhannya berjumlah RM126,757.24 antara Januari 2016 hingga Mei 2016.

“Kelapan-lapan yang ditahan akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu esok (hari ini) dan mereka berdepan dengan 38 pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Katanya, dua daripada lapan kakita­ngan hospital berkenaan juga menghadapi 20 pertuduhan lain mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. – Bernama

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 31