NEGARA

Hukuman penjara Rafizi kekal

Hukuman penjara Rafizi kekal


Rafizi (kanan) dan Gobind (kiri) berjalan keluar selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengekalkan keputusan hukuman penjara 18 bulan yang diputuskan Mahkamah Sesyen tahun lalu.


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman dan sabitan penjara 18 bulan terhadap Ahli Perlimen Pandan, Mohd. Rafizi Ramli kerana mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mac tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dalam membuat keputusan untuk pertuduhan kedua tersebut sebelum ini.

Dalam penghakimannya Azman berkata, hukuman 18 bulan yang dikenakan adalah wajar dan memadai.

“Bagaimanapun bagi pertuduhan pertama iaitu memiliki laporan 1MDB tertuduh dilepas dan dibebaskan,” kata Azman.

Azman bagaimanapun membenarkan hukuman bagi pertuduhan kedua itu ditangguh sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan de­ngan jumlah jaminan kekal RM20,000.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 47