TERKINI

Tiga termasuk anggota polis maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu

Tiga termasuk anggota polis maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu

13/08/2017 3:29pm


Anggota bomba cuba mengeluarkan salah seorang mangsa kemalangan awal pagi tadi.


KUALA TERENGGANU - Tiga termasuk seorang anggota polis maut dalam nahas dua kereta bertembung di Kilometer 66, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, berhampiran Kampung Pak Kancil, di Setiu awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Faiezal Abdul Kayim, 42, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, Pahang dan rakannya Ahmad Zaki Baharudin, 37, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nur Lyza Syahira Ahmad Hazly, 17, meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Setiu.

Ketika kejadian, kereta Proton Wira dinaiki Faiezal bersama-sama dua rakannya dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu sebelum berlanggar dengan kereta dipandu Nur Lyza Syahira, dari arah yang bertentangan.

Mohd Hizami Abdul Halim, 32, pemandu kereta Proton Wira mengalami kecederaan ringan manakala penumpang kereta yang dipandu Nur Lyza Syahira iaitu Nur Laila Zukiman, 15, mengalami kecederaan parah dan seorang lagi Mohd Hasraf Abdullah, 17, patah gigi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan menurutnya mangsa yang maut dihantar Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama. - Bernama

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 47