TERKINI

Kerajaan pastikan tambang ECRL berpatutan

Kerajaan pastikan tambang ECRL berpatutan

13/08/2017 2:40pm


Mustapa (tangahi) selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri di Kota Bharu hari ini.


KOTA BHARU - Kerajaan pastikan tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kelak berpatutan dan tidak akan membebankan rakyat.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebagaimana pelbagai kemudahan termasuk pendidikan dan kesihatan, kerajaan juga memberi subsidi kepada projek dan perkhidmatan pengangkutan awam seperti ECRL kerana sedar kos sebenar tidak mampu ditanggung rakyat.

"Namun rakyat perlu bersikap realistik kerana perubahan kos tetap akan berlaku selari dengan kenaikan taraf hidup. Tidak ada negara yang membuat untung melalui pengangkutan awam dan semuanya bergantung kepada kerajaan seperti kita peruntuk subsidi 50 peratus untuk projek Transit Aliran Massa (MRT) sebelum ini.

"Kerajaan akan pastikan tambang berpatutan tetapi rakyat perlu bersikap realistik dan mengambil kira perubahan sepanjang masa contohnya gaji buruh binaan dan pemandu juga semakin tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah JPP negeri, Yahaya Mamat.

Menurut Mustapa, projek ECRL di negeri ini melibatkan perbelanjaan RM5 bilion daripada keseluruhan kos RM55 bilion iaitu melibatkan pengambilalihan tanah seluas 445 hektar bagi pembinaan landasan sepanjang 70 kilometer dan lima buah stesen. - K! ONLINE.

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 2718