SUKAN

Watford sekat hajat Liverpool

Watford sekat hajat Liverpool


SALAH (kanan) dan Firmino meraikan jaringan gol ketiga ketika Liverpool menentang Watford dengan keputusan akhir seri 3-3 di Vicarage Road malam tadi.


WATFORD – Hasrat Liverpool untuk memulakan aksi dengan cemerlang pada perlawanan pertama Liga Perdana England (EPL) musim ini tidak kesam­paian apabila sekadar seri 3-3 ketika menentang Watford malam tadi.

Dalam aksi di Vicarage Road itu, pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi penyerang Itali, Stefano Okaka.

Bagaimanapun, skuad kendalian Jurgen Klopp kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan Sadio Mane yang bijak memanfaatkan hantaran Emre Can pada minit ke-29.

Aksi bertambah rancak apabila pasukan tuan rumah kembali berada di depan menerusi pemain Perancis, Abdoulaye Doucoure yang menjaringkan gol kedua Watford pada minit ke-32.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, The Reds mula mengatur gerak serangan lebih agresif dan kembali menguasai permainan dengan mengasak benteng pertahanan skuad kendalian Marco Silva.

Serangan bertali arus akhirnya membuahkan hasil apabila Liverpool dihadiahkan sepakan penalti apabila Mohamed Salah dijatuhkan oleh penjaga gol Watford, Heurelho Gomes dalam petak penalti. Roberto Firmino yang bertanggungjawab mengambil sepakan itu dengan mudah menyempurnakan jaringan pada minit ke-55.

Berselang dua minit kemudian, Salah memastikan kebangkitan Liverpool dengan menolak mudah bola ke gawang Watford hasil hantaran Firmino menjadikan keputusan 3-2.

Usaha Liverpool untuk membawa pulang tiga mata tidak kesampaian apabila pemain pertahanan Watford, Miguel Britos meledak gol penyamaan dalam masa kecederaan menjadikan keputusan 3-3 sehingga tamat perlawanan.

Selepas aksi bertemu Watford, Liverpol bakal menanti kunjungan Crystal Palace di Anfield pada Sabtu depan. – Agensi

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 4000