NEGARA

Anak lelaki Exco Kedah maut kemalangan

Anak lelaki Exco Kedah maut kemalangan


Toyota Hilux yang dinaiki Muhammad Irfan dan Wan Quzairie remuk selepas terbabas dan merempuh sebatang pokok di Kilometer 12.7 Lebuh Raya Utara-Selatan di Changlun semalam.


JITRA – Dua lelaki termasuk anak kepada Exco kerajaan negeri Kedah, Datuk Aminuddin Omar terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 12.7 Lebuh Raya Utara-Selatan di Changlun dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, anak Aminuddin, Muhammad Irfan, 20, dan sahabat baiknya, Wan Quzairie Wan Chik, 27, maut di tempat kejadian.

Kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang selepas membeli lauk tambahan untuk majlis perkahwinan sepupu kepada Muhammad Irfan di sebuah dewan di sini.

Muhammad Irfan merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara, Merbok, Sungai Petani dalam jurusan Pentadbiran Awam manakala Wan Quzairie bekerja sebagai jurujual kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu Wan Quzairie dari arah Changlun ke Jitra hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang pokok.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 31