NEGARA

Shaheizy Sam janji bayar cukai

Shaheizy Sam janji bayar cukai


SHAHEIZY SAM


KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal Shaheizy Sam menegaskan bahawa dia akan membayar cukai seperti yang diminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tetapi perlu membuat penafsiran semua jumlah tunggakan sebelum menjelaskannya.

Hero filem Polis Evo berusia 35 tahun itu bagaimanapun berkata, dia masih tertanya-tanya kenapa pihak LHDN tidak memberi sebarang notis atau berjumpa dengannya berhubung tunggakan cukai tersebut sebelum menyiarkan notis kebankrapan dalam akhbar.

“Sebagai warga Malaysia, saya tetap akan bayar cukai tetapi kena buat penilaian semula berhubung tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM300,000 itu.

“Selama ini, saya bayar cukai dan resit pembayaran saya e-mel kepada LHDN. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, saya tidak bayar kerana membuat penilaian semula mengenai jumlah cukai memandangkan gaji pelakon tidak sama dengan gaji pekerja lain,” ujar Sam ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 63